Ragam kewujudan Natrium

Natrium secara relatifnya mempunyai kelimpahan tinggi pada bintang-bintang dan garis spektrum D unsur ini adalah antara yang paling menonjol dalam cahaya bintang. Natrium merangkumi sebanyak 2.6% dari segi berat dalam kerak Bumi membuatkannya pada keseluruhannya unsur keempat paling berlimpah manakala dalam kumpulan logam alkali, merupakan yang paling berlimpah di Bumi.

Pada penghujung abad ke-19, natrium disediakan secara kimia dengan memanaskan natrium karbonat dengan karbon ke suhu 1100 °C.

Na2CO3 (cecair) + 2 C (pepejal, kok) → 2 Na (wap) + 3 CO (gas).

Ia pada masa kini dihasilkan secara komersil melalui elektrolisis cecair natrium klorida. Ini boleh dilakukan dalam sebuah sel Down di mana NaCl dicampurkan dengan kalsium klorida untuk menurunkan takat lebur ke bawah 700 °C. Oleh sebab kalsium lebih elektropositif daripada natrium, tiada kalsium yang akan terhasil pada katod. Cara ini adalah lebih murah daripada cara sebelumnya iaitu mengelektrolisis natrium hidroksida.

Logam natrium berharga lebih kurang 15 hingga 20 sen Amerika per paun (US$0.30/kg hingga ke US$0.45/kg) pada tahun 1997 sementara gred reagen (ACS) natrium berharga lebih kurang US$35 per paun (US$75/kg) pada tahun 1990.